aku masih mampu tersenyum
 |
| MAHA International 2012 |
Pada tanggal 30 November 2012 aku mendapat pekerjaan di event MAHA2012.
Setelah mendapat baju dan topi, aku memulakan tugas sebagai seorang pengutip wang jalanan.
Tepat jam 9 pagi aku memulakan tugas menjaga parking kereta bersama Aizat, Puri dan Abang Syamim.
Pelbagai kerenah dan gelagat manusia yang dapat aku lihat sepanjang tiga hari aku bekerja.
Ada yang gembira,
Ada yang menangis,
Ada yang marah,
Ada yang suka,
Ada yang sedih,
Ada yang merajuk.
Berulang kali bicara, masih lagi tidak mengerti. Itulah manusia yang tidak paham bahasa.
Setiap kata bicara pasti ada maksud tersurat mahupun tersirat.
"Jangan disangka sungai yang cetek tiada ikan piranha."
 |
| "Aku berdiri disini sebagai seorang pengutip wang jalanan bukan sebagai tunggul kayu." |
Terima kasih buat semua crew MAHA2012 yang menjayakan event kali ini.
Hj Hazami - Ketua Projek.
Cik Aziz - Ketua Bahagian.
Kak Fiza - Ketua Supervisor.
Abang Syamim - Supervisor.
Puri, Aizat - Zon I.
Amin, Midine, King, Keto, & Naim - DAB.
Pengalaman pahit dan manis menjadi saksi kejadian yang berlaku di MAHA2012.
Walaupun
dicaci,
dimaki,
diherdik,
dihamun,
dipukul,
ditendang,
disepak,
dikeji,
dimarah,
diterajang,
dilempang,
dihina,
dijerit,
" AKU MASIH MAMPU TERSENYUM. "