bukankatakesat



"Aku harap MIMPI akan datang lagi kemudian ia terus akan menjadi REALITI
dan bukan lagi menjadi mimpi yang SEPI"



permulaan

biarkan hari yang sepi berlalu pergi, jangan pernah ia datang kembali lagi. ini catitan adrenalin sampai mati, buat kau yang sentiasa dalam hati.

sa-orang manusia hina




Story Bio Blogmates Help

hanya sekadar luahan dari hati yang ingin berbicara bukan berkata kesat mahupun bangsat dan lidah yang tidak menghunus tajam seperti mata pedang yang tidak bersarung


hubungi saya melalui

email ; www.nasilemak@yahoo.com.my
facebook ; Abdul Halim Kassim
twitter ; @xhalimkassimx



Past




dia

Dia
Pada tika mulanya
Entah siapa siapa
Entah mana mana
Kemunculan dia tidak aku jangka
Segalanya ditentukan olehNya
Tidak dirancang semata

Dia
Mersana itu parah
Bilamana luka itu menjadi indah
Pada tika aku tidak punya siapa
Tuhan hadirkan dia untuk kita
Semoga kisah kau masih sama
Dan kita kekal sampai sorga

Dia
Punya minat yang sama seperti kita
Mahu menulis sajak sajak sastera
Yang kian pupus dalam dunia melayu ini
Ditelan dek zaman teknologi yang modenisasi
Kekalkan puisi puisi generasi kini
Untuk bekalan generasi tidak terhapus sama sekali

Dia
Hanya manusia yang tidak sempurna
Tidak berbeda sama seperti kita semua
Cuma idea cerita kita tidak serupa
Sering berkongsi tiap bait kata
Untuk dijadikan sa-buah cerita kita
Yang manis dibaca mereka

Dia
Sedang manusia sibuk mengolah hal dunia
Masih punya waktu untuk kita bersama
Seringsaja terukir senyuman dibibirnya
Bila berbicara jenaka sesama kita
Lupakan hal yang dimanipulasikan dia
Moga Tuhan hapuskan itu buat selamanya

Pada Tuhan
Terima kasih hadirkan dia untuk kita
Hadir dalam hidup sebagai teman bicara
Usah dia berlari lagi dari dunia yang nyata
Hapuskan saja kita dari pura pura belaka
Yang aku cuma tahu antara kita

Cerita yang berbeda.




#5

semalam yang hilang 
membuat aku mencari pelangi di langit

bilamana langit menitiskan gerimis yang perlahan
menyebabkan aku sering kebasahan.


#4

walau tuhan hadirkan kau buat aku seketika
aku masih bersyukur pada yang Esa
menjadi sebahagian warna pelangi
menerangkan separuh hidup aku dengan cahaya berseri. 

aku

Aku
Benci dengan dunia yang penuh dengan kepuraan
Setiap bait kata penuh dengan penipuan
Tidak punya belas kasihan
Kau menganggap semua itu bahagia
Tapi bagi aku itu celaka belaka
Menipu diri sendiri
Kerna orang yang disayangi pergi
Dengan penuh duka sekali
Pada hari yang pasti ingat sampai mati

Aku
Bukan sengaja merendah diri
Tapi mahu menguji diri yang penuh berduri
Dengan dunia yang penuh dengan kepuraan
Berhenti dari mereka segala cerita dusta
Dengan setiap bait kata
Usah berpura pura
Hanya menjadi diri sendiri
Bukan menyembunyikan diri
Atau bersendiri

Aku
Masih lagi berpegang janji
Pada kata kata seorang sahabat sejati
‘Berdirilah di atas kaki sendiri, nescaya kau tidak akan mati dengan sepi’
Tanpa perlu berpura
Dengan semangat yang membara
Dengan ilmu penuh di dada
Kau pasti akan berjaya.

Aku
Kamu
dan
Kita.


Itulah ‘aku’.

'Hidup jangan berpura kalau tak nak dipandang hina.'


gilakata

GilaKata adalah sebuah kumpulan pemuisi muda
Yang bakatnya diasah oleh beberapa orang wanita
Mahu ditonjol pada masyarakat di luar sana
Meneruskan perjuangan sastera puisi ke peringkat antarabangsa
Kekalkan generasi Melayu pada mata dunia buat selamanya

Tuhan menemukan aku sama mereka di atas dunia sementara
Menjadikan kami satu keluarga yang masih mencari bahagia
Sering berkongsi pendapat dan idea untuk dibacakan bersama
Masing masing petah berbicara dengan gaya tersendiri
Dan aku masih mencari idea yang tersembunyi dalam diri

Kali pertama pertemuan aku sama mereka
Pada tanggal 23 haribulan 11 duaributigabelas
Di sebuah rumah yang tersergam indah di tengah kota raya
Yang digelar sebagai ‘Rumah Pena (Pesatuan Penulis Nasional Malaysia)’
Event puisi terbesar yang dianjurkan oleh sekumpulan anak muda--
Eksotikata

Kak Long a.k.a @emoqwin,
Sa-orang perempuan yang mengetuai kumpulan ini
Berpewatakan amat peramah dan periang bila semua bersatu kembali
Tidak pernah hilang senyuman dibibirnya acapkali senyuman itu terukir
Mahu mencari dan mengasah segala bakat mereka yang terpendam
Senantiasa memberi perangsang kepada kami semua

Kak Pipi a.k.a @_fifieaswana
Sa-orang gadis diberi tugas untuk mengawasi tingkahlaku kami semua
Berpewatakan kadangkala garang tetapi amat lembut tuturkatanya
Menjaga tatasusila kumpulan dari dicemari segerombolan pendusta belaka
Mahu membela harta pusaka yang telah lama menghilang di dunia

Ariey a.k.a @arieywee_
Sa-orang perempuan yang menjadi admin kumpulan kami
Berasal dari negeri seberang bukan semenanjung
Dari luaran sifatnya kasar tetapi nasihat yang sungguh mendalam
Senantiasa bersedia berperang melawan secara terang-terangan

Terima kasih kalian untuk segalanya
Moga Tuhan kekalkan momen terindah kita
Sampai bila bila
GilaKata.  
 
Sebahagian dari ahli keluarga GilaKata di Eksotikata.
(Lokasi : Rumah Pena)
Persembahan sebahagian ahli keluarga GilaKata di Eksotikata.
(Lokasi : Rumah Pena)

Faqiha dan Nazmeen.

Sebahagian ahli keluarga GilaKata di ArtForGrabs.
(Lokasi : Annexe Gallery, Central Market)
Atiqah

Bintang Venus.

Nanie.
Terima kasih kalian.




tika ini

tika ini 
aku masih berdiri di atas kaki sendiri
tatkala kamu masih menangisi lagi
pemergian aku dalam diam 
kamu anggap itu amat kejam
tapi sengaja aku pejam 
mahu menguji diri kamu bagaimana
untuk berdiri dalam dunia celaka
yang penuh kata kata bangsat
mahu berbicara kadangkala aku pelat
sampai aku penat.

tika ini
kau masih tidak melakukan perubahan
masih lagi bawah jajahan
si penipu yang cukup bijak bermain dengan perkataan
hingga kau mabuk tepi jalanan 
kau hiraukan dunia realiti yang kau benci
yang masih wujud disini
hingga kau mati
kau permainkan hukuman ini
seolah olah dunia ini bukan sementara
tapi hanya penjara.





maafkan aku

maafkan aku
bukan sengaja mendiamkan diri
bukan sengaja menghilangkan diri
bukan sengaja menyembunyikan diri
hati yang rapuh bukan jatuh 
seakan tidak dapat terima alasan itu
yang hati itu milik orang lain bukan aku
aku bukan pendendam mahupun kejam
mahu menikam seperti penikam 
yang tidak berbicara tanpa berfikir.


maafkan aku
aku tidak punya siapa siapa
hanyalah kamu wahai permaisuri si cantik jelita
hati ini masih menunggu
kamu
walau hati kamu masih tidak menerima
secebis hati yang menaruh harapan
pada yang berkenan
masih lagi tersarung cincin di jari manis itu
bukan hiasan
bukan mainan
tapi janji yang masih tersemat dihati.


maafkan aku
hati aku masih lagi terbuka buat kamu
walau kamu melukakan hati ini 
seperti menoreh pisau yang tajam
seperti orang yang kejam
tapi aku hanya pejam
untuk hati aku buat kamu
wahai si anggun 
wahai si permaisuri
maafkan aku.

si penunggu yang setia - AHK,2013